UTUSAN PELAJAR

Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 dan Kerangka Model ASIE


UTUSAN PELAJAR menerbitkan sepuluh segmen PdP yang boleh dirujuk oleh pelajar dan guru untuk aktiviti pembelajaran baik secara berkumpulan mahupun individu di dalam kelas. Petikan berita, rencana, iklan dan komentar daripada akhbar Utusan Malaysia digunakan sebagai bahan rujuk pembelajaran berdasarkan keperluan yang terdapat pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Garapan sepuluh segmen PdP; Sains dan Inovasi, Ekonomi, Budaya dan Masyarakat, Alam Sekitar, Sejarah, Ketatanegaraan, dan Patriotisme serta Kemahiran Bahasa Inggeris, menyokong bentuk pembelajaran Abad ke-21. Pembentukan struktur PdP yang diketengahkan oleh Utusan Pelajar terdiri daripada dua komponen iaitu Bahan Rujuk Pembelajaran dan Aktiviti PdP.
Sehubungan dengan itu, Utusan Pelajar telah menggunakan satu model reka bentuk pengajaran yang bersesuaian serta memenuhi kriteria pembelajaran Abad ke 21 yang disarankan oleh The Partnership for The 21st Century Skills. Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE dibina sebagai aliran prosedur perancangan pengajaran bagi memudahkan guru menterjemahkan ciri-ciri keperluan pembelajaran abad ke-21 ini secara mudah, lengkap dan profesional dalam poses merancang pelajaran di peringkat bilik darjah.

PEMBELAJARAN BERMODULAR
ABAD KE-21

Ciri-ciri Utusan Pelajar

• Pedagogi Inklusif
• Modular
• Tema Pembelajaran Abad ke-21
• Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
• Merentas Subjek & Tahap
• Kolaboratif
• Koperatif
• Kreatif
• Inovatif

PERHIMPUNAN MINGGUAN
AHAD ATAU ISNIN
HARI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Memperkenalkan Modul 10 Minit Perhimpunan Sekolah

Utusan Malaysia dan Kementerian Pendidikan akan menggerakkan program perhimpunan mingguan Ahad atau Isnin sebagai Hari Pembelajaran Abad Ke-21 bermula sesi persekolahan tahun 2017.

Kedua-dua pihak bersetuju menggunakan tiga pendekatan iaitu perhimpunan pagi, pusat sumber sekolah dan Ketua Pengarah Pelajaran sebagai ikon dalam merealisasikan program Isnin Hari Pembelajaran Abad Ke-21 ini.